Friday, 16 October 2015

e forum (bahagian 4)

okey , ni merupakan e-forum saya yang terakhir.



Tajuk forum yang terakhir ini ialah :

"Keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia"


Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah
dan sekolah rendah di Malaysia?
Adakah kanak-kanak menghadapi stress dalam lingkungan usia mereka?
Bincangkan.

Terima kasih kerana sudi melibatkan diri dalam perbincangan forum yang telah saya kemukakan.

Sekian , Assalamualaikum ,.

9 comments:

  1. Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.

    Anak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.

    Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye saudari izaty yang comel. Seperti yang diajukan oleh saudari, kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang tinggi dalam hidup mereka. Hal ini demikian kerana pembelajaran mereka telah dinaik taraf kepada pembelajaran aras tinggi. Kita sebagai masyarakat perlu mengambil serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan. Jika stres menganggu diri mereka, pemikiran mereka akan terjejas.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari erina. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ke empat ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam saudari ruru,. Tidak dinafikan bahawa pada masa kini, bukan golongan dewasa sahaja yang mengalami stress tetapi kanak-kanak juga. Hal ini amat membimbangkan para ibu bapa dan masyarakat kerana stress memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut yang merupakan generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

      Delete
  3. Assalamualaikum saudari erin. pada pandangan saya keadaaan kesihatan dan mental kanak-kanak di pra-sekolah dan sekolah rendah berada di tahap yang kurang memuaskan. Hal ini kerana dalam era globalisasi yang kian mencabar dan memerlukan berada di kemuncak pemodenan dunia, kebanyakan ibubapa lebih banyak masa berhadapan dengan kerjaya dan berlumba-lumba untuk mengecapi kemewahan duniawi mereka berbanding dengan anak-anak mereka. Ini menyebabkan kebanyakan ibubapa kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka dan seterusnya menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak mereka. kanak-kanak yang terabai akan merasakan diri mereka kurang disayangi dan selalu menyendiri. Hal ini amat menganggu kesihatan mental anak-anak .Ini seterusnya , menjeremuskan kanak-kanak ke arah yang negatif di mana kanak-kanak akan mencari keseronokan dan mencari ketenangan diluar dengan bergaul dengan kanak-kanak yang berkelakuan kurang baik. Di sini timbulnya pelbagai masalah seperti kanak-kanak akan ketinggalan dalam pelajaran serta sentiasa mencari peluang untuk ponteng sekolah. Di sini peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan kasih sayang serta perhatian yang secukupnya kepada akan-anak agar tidak berlaku hal yang tidak diingini. Dan ini juga bagi bagi menjaga kesihatan dan mental anak-anak agar sentiasa stabil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam saudari nura'in. Terima kasih atas pandangan saudari mengenai tajuk forum saya pada kali ini. Saya bersependapat dengan saudari yang mengatakan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah dinegara ini berkemungkinan mengalami masalah keadaan kesihatan mental yang kurang baik kerana kekurangan masa yang diluangkan oleh ibu bapa bersama anak-anak. Anak-anak merasakan diri mereka kurang disayangi serta selalu menyendiri lalu menjeremuskan diri ke arah yang negatif di mana kanak-kanak akan mencari keseronokan dan mencari ketenangan diluar dengan bergaul dengan kanak-kanak yang berkelakuan kurang baik.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kecerdasan emosional membantu kita berhubungan dengan orang lain, bertingkah laku dengan cara yang dapat diterima oleh masyarakat, belajar memainkan peran sosial dimasyarakat serta mengembangkan sikap/tingkah laku sosial terhadap individu lain dan aktivitas sosial yang ada di masyarakat. Dalam menentukan kesuksesan karir pun kecerdasan emosional memainkan peranan penting. Mampu bekerjasama dalam tim adalah contoh dari perilaku emosional yang cerdas, sehingga menyelesaikan sebuah tugas secara bersama dan meraih sukses.
    selain itu,Dalam dunia kerja, peranan IQ atau Intelligence Quotient juga penting. IQ adalah ukuran kecerdasan intelektual seseorang yang dinilai berdasarkan kemampuan kognitif, penalaran, dan logika. Tapi memiliki tingkat inteligensia yang tinggi ternyata tidak serta-merta menjamin seseorang jadi orang yang sukses. Banyak pakar menganalisa bahwa IQ yang tinggi tidak berbanding linier dengan kesuksesan. Hal ini menunjukkan bahwa banyak orang berpendidikan tinggi tetapi belum tentu punya tingkat kecerdasan emosi yang baik (belum cerdas emosinya).

    IQ tetap perlu didukung kecerdasan emosional (Emotional Intelligence/EI atau sebelumnya disebut Emotional Quotient/EQ). Kini, kecerdasan emosional menjadi salah satu hal penting dalam dunia bisnis.

    Kita sudah mengetahui bahwa orang-orang paling sukses bukanlah yang paling cerdas atau yang paling tercukupi hidupnya. Anda mungkin kenal seseorang yang cerdas tapi ternyata kurang sukses dalam pekerjaan atau hubungan pribadinya. Nah, di sinilah kecerdasan emosional berperan penting dalam kehidupan. IQ membantu untuk menyerap ilmu yang diperlukan dalam pekerjaan, tetapi kecerdasan emosional membantu kita untuk mengelola stres dan emosi serta menyelesaikan masalah dalam pekerjaan.

    Ada banyak orang di belahan dunia ini yang sangat hebat di bidang akademis tetapi mereka tidak mampu dengan baik berhubungan dengan orang lain (bergaul). Kecerdasan akademik tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu sukses dalam menjalani kehidupannya, akan tetapi kecerdasan akademik (IQ) dapat membantu seseorang mendapatkan pekerjaan dan mencari nafkah lebih mudah dan tidak menunjukkan kepadanya bagaimana untuk hidup yang lebih baik.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas pandangan saudari,. Berdasarkan pandangan saudari, saya berpendapat bahawa pandangan saudari itu kurang berkaitan dengan tajuk forum saya pada kali ini. Namun saya menghargai pandangan dan pendapat saudari mengenai hal tersebut.

    ReplyDelete