Assalamualaikum w.b.t,.
Salam sejahtera viewers yang disayangi <3
Salam sejahtera viewers yang disayangi <3
Saya perlu mengemukakan 4 tajuk dalam e-forum ini. So, hari ini saya nak buat salah satu tajuk bagi e-forum saya berkenaan pertumbuhan dan perkembangan awal kanak-kanak.
Diharapkan viewers dapat memberi pendapat masing-masing mengenai tajuk di bawah.
Diharapkan viewers dapat memberi pendapat masing-masing mengenai tajuk di bawah.
"Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalamdunia pekerjaan."
Adakah anda bersetuju atau tidak setuju dengan pernyataan diatas?
Berikan sebab mengapa anda bersetuju atau tidak setuju dengan pernyataan di atas.
Terima kasih kerana sudi berforum bersama saya,.
assalammualaikum cik erin . Saya tidak bersetuju dengan penyataan tersebut . Bagi saya kita sewajarnya seimbangkan kecerdasan emosi dan sosial dengan kecerdasan intelektual . Kita tidak boleh hanya memandang pada kecerdasan emosi dan sosial semata mata . Ini kerana dalam dunia pekerjaan intelektual penting untuk membuatkan seseorang supaya boleh melakukan pekerjaan dan berfikiran abstrak . Dan saya juga tidak menolak kepentingan kecerdasan emosi dan sosial kerana didalam dunia pekerjaan yang serba mencabar , seseorang perlu mempunyai kecerdasan emosi dan sosial yang akan membolehkan mereka melakukan sesuatu keputusan kerja secara rasional . Itu merupakan pandangan yang ingin saya kongsikan . Harap cik erin boleh berjaya . Terima kasih
ReplyDeleteterima kasih saudari kerana sudi menyertai ruangan forum ini. Saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa kita tidak boleh hanya memandang pada kepentingan kecerdasan emosi dan sosial semata tetapi kecerdasan intelektual juga penting.
ReplyDeleteAssalamualaikum saudari erina. “bak kata pepatah melentur bulu biar dari rebungnya” iaitu bermaksud mendidik kanak-kanak biarlah dari kecil agar mudah mereka menerima apa yang ditarbiyyahkan kepada mereka. Oleh itu, saya kembali dalam memberi perkongsian di dalam forum saudari. Berdasarkan tajuk forum pada kali ini saya memasukkan sekali pepatah melayu, hal ini adalah kerana ada benarnya apa yang diperkatakan oleh orang terdahulu. Kerana sebagai seorang ibubapa pada masa akan datang saya juga inginkan anak yang berjaya. Oleh itu, saya memulakan dengan diri saya sendiri dengan mempelajari ilmu dalam pendidikan awal kanak-kanak, ia bertujuan pada masa akan datang saya mempunyai ilmu yang dapat mendidik anak-anak saya agar dapat menjadi kanak-kanak yang mempunyai kecemerlangan dalam akademik dan norma kahidupan. Siapa yang tidak mahu mempunyai anak yang berjaya. Hal ini, mengakibatkan saya bercadang bahawa sebagai seorang ibubapa apabila mereka mendapat anak perlulah mereka ini menuntut ilmu supaya mereka dapat melahirkan generasi yang mampan. Disamping itu, institusi kekeluargaan dapat dibina dengan baik.
ReplyDeleteWaalaikummusalam saudari ruhaimah,. terima kasih kerana sudi memberi pandangan anda mengenai tajuk forum saya ini. Berdasarkan pandangan saudari mengenai isu yang diajukan berkaitan kecerdasan emosi (EQ) dan intelek(IQ), saudari lebih menekankan mengenai ilmu yang dituntut ibu bapa dalam institusi kekeluargaan. Manakala tajuk forum saya mengenai isu kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Memang benar bahawa ibu bapa perlu menuntut ilmu supaya mereka dapat melahirkan generasi yang mampan dan utuh serta institusi kekeluargaan dapat dibina dengan baik. Apapun terima kasih kerana sudi menyertai forum ini.
DeletePada pendapat saya,rakan sebaya mampu memberi impak yang besar dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Zaman kanak-kanak merupakan satu dimensi dimana kanak-kanak berada dalam proses untuk mengenali dan mengadaptasikan diri dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengembangkan otak mereka dengan bermain dan bermain dengan rakan-rakan mempercepatkan proses perkembangan otak kanak-kanak. Ini merupakan proses pembelajaran tidak formal dimana mereka mendapat pengajaran melihat, bermain, dan bertanya. Apabila bersama dengan rakan-rakan, mereka akan lebih aktif, ketika bermain, belajar dan meningkatkan kadar perkembangan sosioemosi. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Ini merupakan pendapat yang mampu saya berikan dan semoga ia dapat membantu.
ReplyDeletehai saudari asha,.terima kasih kerana sudi menyertai ruangan forum ini.
DeleteBerdasarkan kenyataan saudari, saya amat bersetuju bahawa kecerdasan emosi dan social adalah lebih penting berbanding kecerdasan intelek. Kecerdasan emosi yakni pemikiran otak sebelah kanan manusia membantu manusia dalam melakukan sesuatu keputusan, berbeza dengan kecerdasan intelek yang bergantung kepada logic. Kecerdasan emosi yang tinggi memberi satu kelebihan kepada manusia kerana penggunaan emosi yang efektif membantu manusia dalam melakukan pertimbangan yang bijak dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang pekerjaan. Manakala kecerdasan intelek amat terhad dan sering kali mencetuskan kekeliruan kepada manusia itu sendiri. Selain itu juga, kecerdasan emosi mampu mencorakkan kehidupan manusia membantu manusia dalam merealisasikan sesuatu matlamat. Walaupun dengan kecerdasan intelek yang tinggi, manusia masih lagi memerlukan kecerdasan emosi untuk mengadaptasikan diri dalam dunia pekerjaan. Harap ulasan serba sedikit ini memberi manfaat kepada saudari.
ReplyDeleteTerima kasih saudari nurfatma kerana sudi menyertai forum saya ini. saya kurang bersetuju dengan pendapat saudari yang mengatakan bahawa kecerdasan emosi dan social adalah lebih penting berbanding kecerdasan intelek.
Delete