Bismillahirahmanirahim,.
ini merupakan sambungan e-forum (bahagian 2) dan juga merupakan tajuk yang ketiga
bagi e-forum saya.
tajuk yang ketiga ini ialah:
"Masalah bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa"
Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai
hubungan perapatan dengan bapa mereka?
Apakah pendapat atau pandangan anda mengenai tajuk di atas?
Sekian, terima kasih.
Salam saudari Erina. Kali ini saya berpeluang lagi mengikuti forum anda. Saya sangat tertarik dengan tajuk ini. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikummusalam,. Terima kasih di atas pandangan saudari mengenai isu forum saya ini. Berkaitan dengan tajuk forum saya iaitu masalah bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa, seperti yang kita sedia tahu dalam sesebuah keluarga bapa merupakan seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mencari nafkah bagi menanggung segala keperluan rumah tangga. Namun, terdapat segelintir bapa yang terlalu sibuk mencari rezeki sehingga jarang sekali meluangkan aktiviti yang berkualiti bersam-sama anak mereka. Justeru hal ini akan memberi kesan terhadap hubungan perapatan antara anak dengan bapa dalam sesebuah keluarga. Sekian, terima kasih.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum saudari erina. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari kerana tidak serik-serik dalam berkongsi pandangan melalui forum yang diberikan. Oleh itu, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang kedua ini. Hal ini bukan disebabkan apa, tetapi memang wajar soalan yang dikemukan kerana ia menjadi isu kekeluargaan di kala masa ini. Isu ini amat popular apabila kita selidik dengan lebih dekat kerana memang benar bahawa kanak-kanak tidak lagi rapat dengan ayah mereka. Sebagai contoh yang dapat saya berikan ialah kanak-kanak lebih rapat dengan ibu mereka berbanding dengan ayah mereka, pada masa yang sama apabila ditanya mengapa mereka kurang rapat dengan ayah mereka sendiri, mereka banyak memberikan respon bahawa ayah mereka garang dan ada juga yang memberi respon bahawa ayah mereka tidak memberikan masa kepada keluarga akibat daripada sibuk dengan kerjaya. Ini yang terjadi apabila ayah lebih mementingkan kerjaya dalam kehidupan. Memeng tidak salah mencari nafkah namun kita perlulah ketahui bahawa keluarga haruslah diutamakan apatah lagi anak-anak kerana diusia mereka masih kecil mereka sebenarnya dahagakan kasih sayang daripada ibubapa mereka.
ReplyDeleteWaalaikummusalam. Berdasarkan pandangan saudari mengenai isu hubungan perapatan kanak-kanak dengan bapa mereka sendiri, saya mengakui bahawa kanak-kanak memang kurang rapat dengan ayah mereka sendiri. Hal ini mungkin disebabkan bapa jarang berada dirumah berbanding ibu mereka. Oleh itu, sebagai seorang bapa haruslah pandai dalam mencari masa seharian mereka untuk meluangkan masa bersama mereka iaitu terutamanya terhadap anak-anak mereka yang masih kecil. Sekian, terima kasih.
Deletepada pandangan saya,masalah yang mugkin dihadapi oleh kanak-kanak Yang tidak mempunyai hubungan kerapatan dengan ayah ini adalah
ReplyDeletekanak-kanak akan kurang disiplin diri, hal ini kanak-kanak berasa bebas dalam melakukan apa sahaja tanpa pengawasan daripada ketua keluarga.Disiplin diri amat penting bagi seorang kanak-kanak , apabila Seorang kanak-kanak kurang nya disiplin diri maka kanak-kanak akan mudah terjebak dalam pelbagai gajala nagetif seperti terpengaruh rakan sebaya ,ponteng sekolah ,gajala sosial ,pelajaran kanak-kanak itu jugak tergangu dan menjejaskan prestasi nya.
Oleh kerana itu , sebagai ketua keluarga haruslah menjalankan tanggunjawab sebagai seorang bapa , Sesetengah anak, mudah belajar sesuatu pekara daripada bapanya di situ menunjukkan hubugan yang rapat antara anak dan Bapa itu penting .
Kesimpulanya,Seorang bapa dimana harus jadi seperti seorang ibu ,yang penuh dengan sikap perihatinya , Agar sikap seperti itu akan terus dijadikan teladan juga contoh yang baik kepada anak-anak . Kerana ibu bapa jua yang membentuk diri mereka juga mencorakan kehidupan harian mereka , anak-anak umpama kain putih yang kosong dan tidak bercorak.
Terima kasih atas pandangan saudari mengenai masalah perapatan bapa dengan anak-anak ini. Kanak-kanak yang meningkat umurnya membesar ke alam remaja dan inginkan kebebasan. Ada kanak-kanak yang mencipta jurang antara diri mereka dengan bapa sendiri kerana berasa bebas dalam melakukan apa sahaja tanpa pengawasan daripada ketua keluarga. Sekian, terima kasih.
ReplyDeletemasalah yang mugkin dihadapi oleh kanak-kanak Yang tidak mempunyai hubungan kerapatan dengan ayah .
ReplyDeletekanak-kanak akan kurang disiplin diri, hal ini kanak-kanak berasa bebas dalam melakukan apa sahaja tanpa pengawasan daripada ketua keluarga.Disiplin diri amat penting bagi seorang kanak-kanak , apabila Seorang kanak-kanak kurang nya disiplin diri maka kanak-kanak akan mudah terjebak dalam pelbagai gajala nagetif seperti terpengaruh rakan sebaya ,ponteng sekolah ,gajala sosial ,pelajaran kanak-kanak itu jugak tergangu dan menjejaskan prestasi nya.
Oleh kerana itu , sebagai ketua keluarga haruslah menjalankan tanggunjawab sebagai seorang bapa , Sesetengah anak, mudah belajar sesuatu pekara daripada bapanya di situ menunjukkan hubugan yang rapat antara anak dan Bapa itu penting .
Kesimpulanya,Seorang bapa dimana harus jadi seperti seorang ibu ,yang penuh dengan sikap perihatinya , Agar sikap seperti itu akan terus dijadikan teladan juga contoh yang baik kepada anak-anak . Kerana ibu bapa jua yang membentuk diri mereka juga mencorakan kehidupan harian mereka , anak-anak umpama kain putih yang kosong dan tidak bercorak.
terima kasih saudari fatma atas pandangan saudari mengenai tajuk forum saya pada kali ini.
Delete