hello viewers..
ni kesinambungan daripada bahagian 1
untuk tajuk e-forum yang kedua ini adalah berkaitan dengan peranan rakan sebaya dalam
mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
"Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosikanak-kanak."
Berikan pendapat anda mengenai pernyataan ini.
Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk berforum.
Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.
ReplyDeleteKadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.
Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Terima kasih saudari izaty di atas pandangan saudari mengenai isu forum saya ini. Berkaitan dengan tajuk forum saya iaitu peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak, saya sendiri bersetuju dengan pandangan saudari bahawa kanak-kanak ini lebih selesa berbincang atau bercerita masalah yang dialami dengan rakan sebaya mereka sendiri berbanding individu lain. Hal ini demikian kerana, rakan sebaya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja amat berpengaruh sehinggakan segala sikap rakan tersebut akan ditiru sama ada sikap positif dan sikap negatif. Proses pemilihan rakan sebaya amat penting bagi mengelakkan seseorang kanak-kanak mempunyai arah tuju yang salah dalam hidup.
DeleteAssalamualaikum saudari erina. Terima kasih kerana telah membuka soalan forum untuk kalangan dewasa seperti saya, seperti sedia maklum bahawa persoalan terhadap tajuk yang diberikan iaitu peranan rakan sebaya dalam membentuk sosioemosi kanak-kanak. Berdasarkan fahaman saya terhadap perkembangan kanak-kanak sangat mementingkan persekitaran yang baik, misalnya rakan sebaya adalah salah satu agen yang membentuk sosioemosi kanak-kanak. Hal ini berlaku semasa kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan, ini mengakibatkan kanak-kanak akan mempelajari benda baru semasa berkenalan dengan rakan sebaya mereka tidak kiralah dari sudut fizikal dan mental. Lantaran itu, sesi persekolahan kanak-kanak adalah sangat panjang boleh dikatakan kanak-kanak banyak menghabiskan masa bersama rakan mereka. Contohnya, pada waktu pagi mereka akan pergi ke sekolah kebangsaan, waktu petang pergi kelas tambahan. Oleh itu, kanak-kanak mempelajari benda baru apabila setiap dari mereka berkongsi masalah, kegembiraan, dan lain-lain lagi dalam bentuk norma kehidupan. Hal ini tidak dapat di sangkal lagi apabila seorang rakan lebih memahami sahabat mereka berbanding keluarga mereka sendiri.
ReplyDeleteTerima kasih saudari ruru di atas pandangan saudari. Saya sendiri bersetuju dengan pandangan saudari bahawa rakan sebaya adalah salah satu agen yang membentuk sosioemosi kanak-kanak. Sekian, terima kasih.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAssalamualaikum. Saya selalu mengikuti forum ini dan saya ingin memberikan pendapat.
ReplyDeleteRakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.
Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.
Oleh itu, saya menegaskan bahawa rakan sebaya ialah sangat penting dalam kalangan kanak-kanak
Waalaikummusalam,. Terima kasih saudari Nadya kerana sudi berkongsi pendapat saudari.
DeleteSaya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap, dan pandangan mengenai kehidupan terhadap kanak-kanak.Jelaslah disini bahawa dalam kehidupan seharian kanak-kanak, rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan berdasarkan minat dan pandangan mereka yang sama.
Waalaikummusalam,. Terima kasih saudari Nadya kerana sudi berkongsi pendapat saudari.
DeleteSaya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap, dan pandangan mengenai kehidupan terhadap kanak-kanak.Jelaslah disini bahawa dalam kehidupan seharian kanak-kanak, rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan berdasarkan minat dan pandangan mereka yang sama.
Assalamualaikum saudari,izinkan saya memberi pendapat saya serba sedikit.Pertama sekali,saya ingin menerangkan maksud rakan sebaya.Rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat dengan kita.Rakan sebaya juga boleh dikatakan individu yang mempunyai lingkungan umur dan minat yang sama serta sering melakukan aktiviti sosial bersama.Dalam topik ini,rakan sebaya memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak selain daripada ibu bapa.Di luar rumah,kanak-kanak lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa.Oleh itu,ibu bapa mestilah memantau dengan siapa anak-anak mereka berkawan.Hal ini adalah kerana,rakan sebaya boleh memberi pengaruh positif dan negatif terhadap individu kanak-kanak itu.Jika kanak-kanak mempunyai rakan sebaya yang baik akhlaknya,maka akan membentuk moral yang baik dalam diri kanak-kanak itu.Selalunya ,gejala yang tidak sihat yang semakin berleluasa sekarang ini disebabkan pengaruh rakan sebaya.Namun begitu , tidak semua rakan sebaya mempunyai pengaruh yang tidak baik.Secara positifnya,rakan sebaya mempengaruhi kanak-kanak secara pujukan ataupun paksaan.Tetapi dengan cara ini juga dapat memberi sokongan yang jitu tidak kira sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka.
ReplyDeleteWaalaikummusalam cik aiyy nun, Terima kasih di atas pandangan saudari mengenai isu forum saya ini. Berkaitan dengan tajuk forum saya iaitu peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak, saya bersetuju rakan sebaya memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak selain daripada ibu bapa. Hal ini kerana rakan sebaya lebih banyak menghabiskan masa mereka berbanding dengan ibu bapa pada masa kini yang sibuk dalam kehidupan seharian dan juga dalam bidang pekerjaan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete